fbpx

Perjuangan Azzurri belum lagi tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Itali tidak boleh dibuai mimpi indah lagi sebab perjuangan belum selesai. - AFP

LONDON – Itali menepati ramalan sebagai pasukan pilihan apabila berjaya melayakkan diri ke pentas final Euro 2020 selepas menyingkirkan juara tiga kali, Sepanyol pada aksi separuh ­akhir awal pagi semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Wembley itu, Azzurri berjaya menewaskan Sepanyol 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa tambahan.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini berharap anak-anak buahnya tidak terlalu leka dengan kemenangan itu memandangkan misi mereka untuk menjulang trofi kejuaraan masih belum tercapai.

Justeru, beliau menggesa pemain-pemainnya supaya me­ngalihkan fokus perlawanan sete­rusnya kerana menganggap sikap leka mampu memberi kejutan pada diri sendiri.

“Pujian harus diberikan kepada semua pemain kerana mereka percaya mampu untuk catat keputusan seperti ini sejak tiga tahun lalu, namun saya tidak mahu mereka terlalu gembira.

“Semua pemain perlu sedar perjuangan kami belum tamat. Sekarang kami perlu mendapatkan rehat sebelum melakukan persiapan bagi menghadapi perlawanan akhir nanti,” kata bekas pengurus Manchester City itu.

PARA pemain meraikan kejayaan Itali melangkah ke pentas final Euro 2020 selepas mewaskan Sepanyol 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Wembley, London awal pagi semalam. -AFP

Pada aksi tersebut, Itali terlebih dahulu membuka tirai ­jaringan menerusi percubaan menarik pemain sayap, Federico Chiesa pada minit ke-60 sebelum Alvaro Morata kembali menya­makan kedudukan 20 minit kemudian.

Kata Mancini, skuad kendaliannya berdepan tempoh sukar pada separuh masa pertama apabila Sepanyol menguasai sepenuhnya perlawanan sehingga­ memaksa beliau melakukan perubahan taktikal.

“Mereka berikan masalah cukup besar kepada kami menerusi perubahan yang dilakukan. Semua orang tahu Sepanyol sangat bagus ketika bola berada di kaki mereka sehingga menyebabkan kami berdepan masalah.

“Kedua-dua pasukan bermain sangat baik apabila­ saling berbalas serangan. Selain itu, benteng pertahanan Itali dan Sepanyol juga sentiasa berwaspada dengan ancaman masing-­masing­,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI