fbpx

Susu badan penawar kanser dalam ujian klinikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kajian terbaharu menunjukkan susu badan mampu menjadi penawar sakit kanser. - Google

STOCKHOLM, Sweden – Satu ujian klinikal mendapati susu badan berpotensi menjadi penawar kepada penyakit kanser, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

Keputusan  ujian klinikal fasa dua bagi ubat alpha-lactabulmin yang merupakan sejenis protein dalam susu badan menunjukkan keberkesannya dalam membunuh sel kanser pundi kencing.

Berbeza dengan ubat konvensional lain, kelebihan ubat yang dikenali sebagai Hamlet itu adalah ia tidak membahayakan sel-sel sihat dan juga  tidak memberikan kesan sampingan.

Impak protein itu pada sel kanser dikesan secara tidak sengaja pada awal 1990-an apabila seorang profesor dari Sweden, Profesor Cartharina Svanborg menjalankan kajian terhadap susu badan untuk memahami caranya melawan kuman.

Dengan menggunakan kanser sel kanser manusia, beliau terkejut apabila mendapati susu badan menjadikan sel kanser tersebut hilang.

Sejak daripada itu, Svanborg mengetuai penyelidikan untuk mengembangkan replika protein susu ibu bagi melawan kanser dan menghasilkan data saintifik yang konklusif tentang keberkesanannya.

“Hasilnya adalah lebih jelas daripada yang dijangkakan terutamanya ketepatan rawatan jika dibandingkan dengan plasebo.

“Mengambil kira kerumitan penyakit manusia, data pra-klinikal terbaik dan penggunaan haiwan sebagai model, tiada sesiapa pun akan tahu hasil yang akan diperoleh,” katanya.

Kajian klinikal itu dijalankan ke atas 40 orang pesakit kanser pundi kencing di Prague, Republik Czech.

Pesakit menerima enam dos ubat tersebut yang dimasukkan ke dalam pundi kencing lebih sebulan sebelum menjalani pembedahan.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications menunjukkan perbezaan yang tinggi antara pesakit yang dirawat dengan ubat Hamlet dengan pesakit kumpulan plasebo.

Mereka yang dirawat dengan ubat tersebut menunjukkan penurunan sel tumor dalam air kencing dalam masa dua jam.

Saiz tumor juga mencatatkan penurunan ketara.

Pasukan penyelidik hamlet yang berpangkalan di University Lundt, Sweden baru-baru ini turut mendapati bahawa beberapa bakteria E. coli menghasilkan bahan yang berpotensi merawat kanser pundi kencing dan kolon. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI