fbpx

Carsome ambil alih PT UC perluas pasaran seberang laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perniagaan jual dan beli kenderaan terpakai di Indonesia yang berpotensi tinggi telah menarik minat Carsome untuk meluaskan penguasaan pasarannya di seberang laut. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Platform e-dagang kenderaan terbesar di Asia Tenggara, Carsome telah mengambil alih pegangan dalam PT Universal Collection (PT UC), sebuah syarikat penjualan kenderaan terpakai yang berpusat di Jakarta, Indonesia.

Ketua Negara Carsome Indonesia, Delly Nugraha yang dilantik sebagai Presiden Pengarah PT UC menerusi transaksi tersebut berkata, ia merupakan pelaburan pertama syarikat di Asia Tenggara tahun ini.

Menurut beliau, lebih banyak transaksi penggabungan dan pengambilalihan sedang dirancang dalam tempoh terdekat ini.

“Pemilihan kepentingan tersebut dijangka mampu menggandakan transaksi kenderaan Carsome di Indonesia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Nugraha menjelaskan, pemilikan ini juga merupakan langkah strategik syarikat untuk membuka lebih banyak peluang dan rangkaian, seterus­nya mengembangkan operasi di Indonesia yang merupakan pasaran utama buat syarikat.

“Menerusi akses PT UC kepada bekalan kenderaan terpakai di pasaran, rakan pengedar Carsome akan menikmati lebih ba­nyak kepelbagaian inventori dan pilihan lebih luas,” jelasnya.

PT UC melakukan transaksi hampir 30,000 kenderaan tahun lalu dan turut memiliki cawangan di Selatan Tangerang, Bandung, Yogyakarta dan Malang selain Jakarta.

Berdasarkan kaji selidik pe­langgan Carsome yang diterbitkan pada awal 2021, minat warga Indonesia untuk membeli atau menjual kenderaan terpakai kekal tinggi, dengan 64 peratus daripada pelanggan di sana berminat membeli kereta terpakai antara April dan September tahun ini.

Menurut Carsome, setakat April 2021, pihaknya telah me­lakukan transaksi lebih daripada 9,000 kenderaan sebulan untuk mencapai lebih 100,000 transaksi setahun.

“Ia meletakkan pendapatan tahunan syarikat pada sekitar AS$800 juta (RM3.32 bilion) dan kami kini berada pada landasan tepat untuk mencapai pendapatan tahunan berjumlah AS$1 bi­lion (RM4.14 bilion),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI