fbpx

Ahli epidemiologi kritik Indonesia kerana ‘kebodohan kelompok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pemandangan dari udara menunjukkan pengguna jalan raya cuba melalui sekatan jalan raya menuju ke pusat bandar Jakarta hari ini. - AFP

JAKARTA – Seorang ahli epidemiologi terkemuka dari Universiti Indonesia, Dr. Pandu Riono menggambarkan keadaan di Indonesia semasa gelombang kedua koronavirus sebagai “kebodohan kelompok”, lapor portal berita abc.net baru-baru ini.

“Indonesia sudah lama berada dalam situasi  ‘kebodohan kelompok’. Ia adalah perilaku  manusia yang mendorong virus (Covid-19)  berkembang, menular dan menjadi lebih berjangkit,” kata  Dr. Riono dalam akaun media sosialnya.

Beliau berkata, pegawai-pegawai  pemerintah mengeluarkan kenyataan bercanggah dan membuat keputusan yang lemah, manakala ramai  orang di Indonesia enggan mematuhi protokol kesihatan serta keberatan menerima suntikan vaksin.

Dr. Riono berkata kepada saluran televisyen ABC bahawa beliau mula menggunakan ungkapan ‘kebodohan kelompok’ ketika melihat orang ramai melakukan perjalanan balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Daripada tinggal di rumah untuk mencegah penularan, mereka tetap melakukan perjalanan ke kampung halaman masing-masing dan menyiarkan cerita di media sosial mengenai sama ada perjalanan itu mudah atau sukar ketika melintasi sekatan jalan di sempadan,” katanya.

Dr.Riono menambah, pemerintah juga tidak belajar daripada kesilapan  atau mengikuti nasihat pakar serta saintis.

“Kita mahukan keajaiban, jadi kita membiarkan diri kita dibohongi, dipujuk untuk menggunakan Ivermectin sebagai ubat Covid-19,” kata Dr. Riono, merujuk kepada ubat antiparasit yang mana pakar-pakar mengatakan, ubat tersebut tidak boleh digunakan untuk merawat Covid-19.

“Bahkan pegawai pemerintah mudah tertipu dan menyokong ubat ini. Itu satu lagi kebodohan,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI