SUNGAI PETANI – Empat sekeluarga disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan dalam dua tangkapan berasingan di Pinang Tunggal di sini dan Padang Serai, Kulim dekat sini pada petang semalam.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun di sini.
Katanya, susulan tangkapan itu, polis menahan tiga lagi suspek wanita terdiri daripada isteri, ibu mertua dan adik ipar suspek berusia 14 hingga 48 tahun di rumah mereka di Taman Serai, Padang Serai.
“Dalam penahanan semua suspek itu, kita merampas dadah dipercayai jenis heroin seberat 8.3 kilogram (kg) dan syabu seberat 12.5 gram yang dianggarkan bernilai hampir RM100,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini hari ini.
Ujarnya, siasatan lanjut mendapati suspek aktif mengedar dadah sejak kira-kira setahun lalu dan bekalan dadah dipercayai diperoleh di negeri ini dan bertujuan untuk diedarkan di kawasan sekitar. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929