fbpx

Nelayan Vietnam curi, sejuk beku sotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rashidilhadi (kanan) memeriksa sotong sejuk beku yang terdapat di dalam bot kargo Vietnam yang ditahan pada sidang akhbar di Zon Maritim Kemaman di sini hari ini.

KEMAMAN – Nelayan Vietnam bukan sahaja menangkap sotong secara haram di perairan negara malah menyejukbeku makanan laut itu di tengah laut.

Perbuatan itu terbongkar dengan penahanan sebuah bot kargo pada kedudukan 74 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman, Terengganu pada pukul 2 petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, pemeriksaan di dalam bot kargo tersebut mendapati ia mempunyai banyak peti sejuk khas yang dipercayai mampu menyimpan sotong sehingga 10 tan.

“Kita percaya bot kargo yang ditahan itu merupakan kapal ibu yang berperanan memungut hasil laut terutama sotong daripada nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara.

“Ia umpama kilang simpanan sejuk beku sebelum hasil laut terutama sotong yang dicuri dari perairan negara itu dibawa pulang ke negara asal mereka,” katanya pada sidang akhbar di Zon Maritim Kemaman di sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, berdasarkan semakan sistem penentu kedudukan global (GPS), bot kargo itu telah berada di perairan Pantai Timur dari Johor hingga Kelantan sejak seminggu lalu.

Tambah beliau, seramai 12 kru bot kargo tersebut yang kesemuanya warga Vietnam berusia 23 hingga 47 tahun telah ditahan dan pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Nombor pendaftaran dan dokumen sokongan yang digunakan bot kargo tersebut juga meragukan. Sebanyak empat tan sotong, 1,000 liter minyak diesel dan bot kargo yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM2 juta telah dirampas,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI