fbpx

Lelaki bakar rumah bekas kekasih selepas berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah Fitriani (baju biru) selepas dibakar bekas kekasihnya. - Tribunenews

JAKARTA – Seorang lelaki di Medan, Indonesia yang berang ditinggalkan kekasih bertindak nekad membakar rumah bapa teman wanitanya selepas hubungan mereka berakhir, lapor portal Tribunenews, semalam.

Suspek yang dikenali sebagai S, 28, dikatakan patah hati selepas kekasihnya, Fitriani meminta hubungan mereka diputuskan.

Oleh sebab itu, dia berkunjung ke rumah Fitriani kelmarin dengan membawa sebotol minyak petrol sebelum menyimbahnya di sekitar rumah orang tua wanita itu di  Dusun II, Desa Pinangripan, Kecamatan Air Batu, Kabupaten Asahan.

Kakak Fitriani, Erni, memberitahu polis bahawa dia ternampak kelibat S di kawasan rumah mereka sebelum kebakaran berlaku.

“Saya tahu S yang bertanggungjawab atas kejadian ini kerana ketika saya memutuskan hubungan dengannya, dia mengugut mahu mencederakan keluarga saya.

“Polis berkata S kini sedang bersembunyi dan saya berharap dia segera ditangkap atas perbuatannya,” kata Fitriani. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut namun rumah ibu bapa Fitriani musnah teruk akibat kebakaran.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI