fbpx

Empat lokaliti di Pahang, Sabah dan Sarawak kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Empat lagi lokaliti di Pahang, Sabah dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis ini hingga 21 Julai depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara lokaliti yang terlibat ialah dua penempatan Orang Asli iaitu Kampung Kerpal dan Kampung Pinang di Rompin, Pahang dengan enam kes positif direkodkan daripada 120 ujian saringan yang dijalankan.

“Pelaksanaan PKPD bertujuan memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pengesanan awal kes serta mengelakkan penularan jangkitan keluar dari lokaliti tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, turut dikenakan PKPD ialah Kampung Sri Menanti, Tawau yang menunjukkan kadar positiviti 41.67 peratus selain arahan PKPD diperluaskan meliputi Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai, Kampung Pulau Gaya dan Kampung Pondo di Kota Kinabalu, Sabah.

Ismail berkata, pelaksanaan PKPD juga melibatkan Kampung Mambong, Kuching, Sarawak dengan KKM melaporkan peningkatan kes ketara dan merekodkan 19 kes positif hasil daripada 36 ujian saringan yang dilakukan.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan penamatan PKPD di Kampung Kuala Merotai, Kalabakan; Kampung JKR Lama serta Kampung Pangi Hujung, Kunak; Kampung Kebayau, Kota Belud; dan Kampung Likas, Kota Kinabalu di Sabah berkuat kuasa esok. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI