JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah menjadi tular selepas menjalani sesi akad nikah di tepi jenazah si wali di tanah perkuburan, baru-baru ini.
Menurut laporan Detik.com, upacara pernikahan diadakan di situsebelum bapa pengantin wanita dikebumikan selepas meninggal dunia akibat Covid-19.
Hal itu disahkan oleh Ketua Badan Pencegahan Bencana Daerah (BPBD) Karanganyar, Sundoro Budi Karyanto yang memberitahu sesi itu di atas permintaan keluarga pengantin wanita.
“Memang benar kejadian itu berlaku dan pihak BPBD mengizinkannya kerana ia di atas permintaan pengantin.
“Mungkin mereka mahu akad nikah disaksikan juga oleh si ayah walaupun sudah meninggal dunia,” jelas Sundoro.
Tambah Sundoro, acara akad nikah berlangsung di bawah pemantau petugas kesihatan dan jenazah terus ditanam sebaik sahaja ijab kabul selesai. – Agensi