fbpx

Nenek jadi hero selamatkan cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Fatimah bersama anak perempuannya berusia dua tahun yang kini ditempatkan di balai raya selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru pagi tadi.

KOTA KINABALU – Seorang nenek bersama tiga cucu mengharungi detik cemas apabila
perahu dinaiki terbalik sewaktu cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru pagi tadi.

Bagaimanapun, semua mangsa berumur antara satu sehingga lima tahun berkenaan berjaya diselamatkan penduduk kampung yang menyedari kejadian terbabit.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, ibu kepada salah seorang mangsa, Siti Fatimah Yusuf, 27, berkata, keadaan sangat kelam kabut selepas api yang semakin marak dan merebak ke rumah berhampiran.

“Ramai penduduk berasa panik dan terus cuba menyelamatkan diri termasuklah menaiki perahu untuk keluar daripada kawasan kebakaran.

“Ketika itu, saya berada di perahu lain manakala anak perempuan saya berusia dua tahun bersama dua sepupunya serta nenek mereka berada di perahu lain.

“Bagaimanapun, perahu dinaiki mereka tiba-tiba terbalik dan terus karam sebelum melihat anak saya terkapai-kapai meminta tolong sebelum diselamatkan penduduk,” katanya ketika ditemui di balai raya kampung itu hari ini. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI