fbpx

Polis cekup pengedar air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air dan daun ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Lubok Jong, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun selepas disyaki menjadi pengedar air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Lubok Jong di sini semalam.

Dalam serbuan di rumah suspek pada pukul 11.25 malam itu, polis merampas sebanyak 25 liter air ketum, daun ketum seberat 3.5 kilogram dan 150 karton rokok.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, serbuan dijalankan di rumah tersebut selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran air ketum di situ.

“Pemeriksaan telah menemui air ketum yang disimpan di dalam sebuah peti sejuk di ruang tengah rumah itu.

“Polis terus menjalankan pemeriksaan sebelum menjumpai 18 gulung plastik mengandungi daun ketum dan 150 karton rokok di bahagian ruang tamu rumah berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI