fbpx

Kanak-kanak 5 tahun ketagih makan rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gumpalan rambut seberat 1.5 kg yang dikeluarkan dari perut kanak-kanak perempuan di India. - Jam Press

NEW DELHI – Sepasukan doktor berjaya mengeluarkan gumpalan rambut seberat 1.5 kilogram daripada dalam  perut seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di India, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Menerusi pembedahan yang berlangsung lebih sejam itu, gumpalan yang dikeluarkan adalah disebabkan tabiat pesakit ketagih memakan rambut.

Tabiat pelik itu dipercayai sudah berlarutan sekitar dua tahun setengah.

Menurut ketua pembedahan, Dr. Vivek Bhadoo dari sebuah hospital di Chandigarh, kanak-kanak itu dirujuk ke sana apabila mengadu sakit dalam perut dan hilang selera makan.

“Keadaan ini dikenali sebagai Sindrom Rapunzel, iaitu ketagihan memakan rambut yang disebabkan masalah psikiatri.

“Ibu bapa kanak-kanak itu memberitahu mereka cuba menghentikan tabiat itu dengan memotong pendek rambutnya namun tidak berjaya kerana dia mula memakan rambut orang lain,” kata Bhadoo.

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mengalami tabiat makan rambut kronik sejak dua tahun setengah lepas. – Jam Press

Tambahnya, masalah ini sangat jarang ditemui dalam kalangan kanak-kanak dan hanya terdapat 0.3 peratus kes yang dikesan di seluruh dunia.

Kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan baik selepas pembedahan itu berjaya dilakukan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN