fbpx

Jangan malas, harap bantuan bendera putih sahaja – DSV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar DSV bersama seorang peniaga yang mendapat pendapatan yang bagus ketika PKP.

PETALING JAYA – Jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida menggesa individu terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar berusaha untuk keluar daripada kemelut hidup yang dihadapi.

Menerusi satu rakaman, dia berkata, PKP tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengharapkan bantuan semata-mata.

“Janganlah guna alasan PKP, pendapatan terjejas, nak beli pampers (lampin) anak tak boleh. Usaha,” katanya dalam video dimuat naik di laman TikTok itu semalam.

Menerusi rakaman tersebut, dia bertanya kepada seorang peniaga makanan tentang pendapatan diraihnya menerusi perniagaan dijalankannya.

Menurut peniaga tersebut, dia memperoleh antara RM200 hingga RM250 sehari sejak setahun memulakan perniagaan.

“Kanji ada keinginan, janji ada usaha dan yang penting menu kena sedap dan bersih. Usaha, jangan nak malas, harap bantuan bendera putih sahaja,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI