fbpx

Acuan muka 850 transgender akan dipamerkan di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Karya seni yang mengandungi acuan muka 850 individu transgender dari seluruh dunia pada 2024. - The Sun

LONDON – Hasil karya seni yang memaparkan acuan wajah 850 individu transgender bakal dipamerkan di Dataran Trafalgar, London, lapor akhbar The Sun semalam.

Karya seni itu telah dipersetujui untuk pameran umum selepas memenangi undian umum, baru-baru ini.

Artis konsepsual  dari Mexico Teresa Margolles, 58, mengabadikan wajah individu transgender dari seluruh dunia dalam hasil seninya bertajuk, 850 Improntas.

Topeng kehidupan itu yang dijangka dipamerkan di Dataran Trafalgar pada 2024, disusun dalam bentuk rak tengkorak menyerupai pameran  peradaban Amerika Selatan kuno.

“Margolles bekerjasama rapat dengan komuniti terpinggir ini yang kadang-kadang tidak mempunyai akses kepada  bantuan sosial,” kata Dewan Bandar Raya London dalam satu kenyataan..

Wakil jawatankuasa penganjur, Ekow Eshun, meluahkan rasa teruja atas persetujuan pameran karya seni yang dianggap luar biasa itu.

“Senarai pendek karya artis pada tahun ini mengandungi beberapa naskhah hebat.

“Saya gembira dengan hasilnya dan berharap untuk terus menyaksikan kelahiran karya-karya baharu di masa akan datang,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI