PETALING JAYA – Seorang pemilik pokok durian sedih pokoknya yang sedang berbuah lebat tumbang beberapa hari lalu.
Dia yang dipercayai menetap di Johor bagaimanapun reda dengan kejadian tersebut dan menganggap buah berkenaan bukan rezekinya.
“Tak boleh nak kata apa pokok durian ku berbuah lebat sangat. Dua hari lepas hujan dan angin kuat.
“Maka ini jadinya, tetapi tidak mengapa Allah masih bagi rezeki lagi. Masih ada tiga pokok (durian) berbuah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Gambar pokok durian tumbang itu mendapat perhatian ramai netizen lantas memberi kata-kata semangat kepada Hanimah Juhar.
Nur Aini berkata, buah durian pada pokok tumbang itu masih boleh dimasak ikan bilis dan belacan.
Zanariah Abd. Rahman berkata, buah durian dalam gambar itu sudah besar masih boleh diperam.
Farhanzue M pula mencadangkan isi buah durian itu dimasak gulai lemak putih campur udang.
Fatimah Abdullah berkata, dia pun pernah mengalami nasib sama pokok durian tumbang semasa sedang berbuah lebat. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929