fbpx

JAS rakam percakapan individu buang sisa kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Famey

JOHOR BAHRU – Beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian pencemaran Sungai Sengkang akibat pembuangan sisa kimia sudah dipanggil untuk merakamkan keterangan bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr. Famey Yusof berkata, pegawai penyiasat jabatan telah memanggil individu-individu berkenaan untuk merakamkan percakapan pagi semalam.

Bagaimanapun katanya, dia tidak dapat memperincikan hasil dapatan kerana dikhuatiri mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pihak yang terlibat dan tidak dapat mendedahkannya kerana boleh mengganggu siasatan.

“Apa yang boleh dikongsikan kita telah merakamkan keterangan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tumpahan bahan kimia berpunca daripada sebuah stor penyimpanan haram bahan kimia di Kampung Baru Sengkang, Kulai itu telah dapat dibendung pada peringkat awal susulan laporan diterima dari penduduk setempat, Sabtu lalu.

Famey berkata, kawasan sungai serta saluran yang terjejas sudah dibersihkan dan mencapai tahap 95 peratus sudah dibersihkan setelah kerja pembersihan bagi mengelakkan pencemaran merebak giat dibuat sejak hari pertama.

Jelasnya, tumpuan diberikan kepada kawasan sungai kira-kira 500 meter dari stor penyimpanan haram itu bagi mengesan sisa-sisa yang melekat di tebing sungai.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI