fbpx

AS menuju kehidupan pasca pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden bersama Wanita Pertama AS, Jill Biden dan anak serta cucu mereka merakam swafoto di balkoni White House kelmarin. – AFP

WASHINGTON – Presiden Joe Biden meraikan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) dengan penilaian optimis bahawa AS menuju ke arah kehidupan pasca pandemik walaupun Covid-19 dapat dihapuskan sepenuhnya.

Bercakap di hadapan 1,000 hadirin di Laman Selatan White House kelmarin, Biden membandingkan pemulihan pesat AS daripada wabak koronavirus dengan pengisytiharan kemerdekaan negara itu daripada kerajaan Britain pada tahun 1776.

“Dua ratus empat puluh lima tahun yang lalu, kita mengisytiharkan kemerdekaan daripada raja yang jauh(empayar British). Hari ini pula, kita amat hampir untuk mengisytiharkan kemerdekaan daripada virus maut (Covid-19).

“Kita berjaya mengatasi virus ini. Namun, jangan salah sangka, kerana Covid-19 belum dihapuskan sepenuhnya. Kita semua tahu varian hebat telah muncul seperti varian Delta,” katanya kepada hadirin termasuk anggota tentera dan pekerja sektor utama.

 

ORANG ramai menyaksikan pertunjukan bunga api di Washington D.C. sempena Hari Kemerdekaan AS kelmarin. –AFP

Biden turut memberi penghormatan kepada mangsa koronavirus ketika AS mencatat angka kematian mengejutkan iaitu lebih 600,000 orang.

Bagaimanapun, beliau begitu optimis dan berkata, kepimpinannya kini kembali menyerlah.

“Sejak setahun lalu, kita menghadapi beberapa hari yang paling gelap.

“Kini, kita akan melihat masa depan yang paling cerah,” kata Biden.

Dalam pada itu, orang ramai berkumpul di sebuah dataran berhampiran bangunan Kongres untuk menonton pertunjukan bunga api besar-besaran kelmarin sebagai detik untuk meletakkan wabak Covid-19 dalam lipatan sejarah.

Semasa cuti umum sempena Hari Kemerdekaan tahun lalu, wabak koronavirus masih ‘menggila’ dan acara sambutan diadakan secara amat sederhana dalam suasana tertutup.

Di sebalik pengisytiharan kemenangan dalam perang melawan koronavirus, pentadbiran Biden bimbang kerana ramai orang masih belum mendapat suntikan vaksin.

Matlamat White House untuk memberikan pelalian kepada tujuh daripada setiap 10 orang dewasa di AS menjelang Hari Kemerdekaan kelmarin hampir berjaya.

Setakat ini, hanya 46 peratus rakyat AS telah mendapat dua dos lengkap vaksin Covid-19. Kelewatan itu berlaku ketika va­rian Delta yang sangat menular terus merebak.

Pegawai-pegawai kesihatan awam kini memantau kawasan luar bandar di AS di mana hospital-hospital dipenuhi pesakit Covid-19 sekali lagi terutama di Utah, Missouri, Arkansas dan Wyoming. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI