fbpx

Harimau Selatan kalah bermaruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMADHAN (kiri) cuba melepasi pemain Nagoya Grampus, Takuji Yonemoto pada aksi JDT menentang Nagoya Grampus dalam saingan Kumpulan G, ACL di Stadium Rajamangala, Bangkok malam kelmarin. – JOHOR SOUTHERN TIGERS

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berpuas hati dengan aksi para pemainnya yang disifatkan kalah bermaruah selepas memberi tentangan hebat kepada Nagoya Grampus pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok malam kelmarin.

Walaupun bolos dua gol awal jaringan Mateus Castro menerusi sepakan penalti dan Hiroyuki Abe masing-masing pada minit ke-4 dan ke-28, Mora berkata, ia tidak membunuh semangat skuad Harimau Selatan untuk mempamerkan kebangkitan.

Jelasnya, turun tanpa keha­diran beberapa pemain utama yang direhatkan, pemain yang diturunkan itu mempamerkan kesungguhan dan cuba bangkit mengatur serangan sehingga memperoleh gol pembukaan hasil jaringan Ramadhan Saifullah pada minit ke-42.

“Saya amat gembira dengan semangat juang pasukan. Kami tidak merosot atau tunduk me­ngalah setelah dibolosi dua jari­ngan gol.

“Kami sedar Nagoya adalah sebuah pasukan yang kuat, berada di kedudukan kedua dalam Liga-J ketika ini. Kami tahu ia akan menjadi sangat sukar.

“Mereka mencuba sebaik mungkin, mereka memberi tekanan, mereka berlari serta mereka memiliki bola dan melaksanakan identiti kami,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan malam kelmarin.

Mora memberitahu, untuk mengawal kira-kira 55 minit perlawanan adalah pencapaian bagus bagi pasukan kerana corak permainan JDT berjaya dilaksa­nakan dan hanya perlukan dua gol untuk penutup yang baik.

“Saya rasa statistik akan menunjukkan kami menguasai dalam banyak situasi. Ia begitu sukar untuk melihat dua percubaan hanya mengenai palang, itu mungkin akan menjadi cerita yang berbeza.

“Tetapi ini adalah bola sepak dan akan mendorong pasukan untuk terus berjuang melawan Ratchaburi dengan segala yang kami ada supaya kami mendapat tiga mata,” katanya.

Mora menambah, beberapa pemain yang direhatkan pada perlawanan itu akan pulih untuk perlawanan seterusnya menentang Ratchaburi FC pada Rabu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI