PETALING JAYA – Spekulasi kedudukan UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bakal diputuskan dalam masa terdekat apabila ahli Majlis Tertingggi (MT) parti tersebut adakan perbincangan mereka hari ini.
Menurut sumber terdekat, perbincangan MT yang diadakan di ibu pejabat parti tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu ketika ini antara lain membincangkan mengenai sidang khas Parlimen dan juga kedudukan UMNO sama ada kekal ataupun keluar dari kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Beberapa MT telah kelihatan hadir ke PWTC petang ini, Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga kelihatan,” jelas sumber tersebut.
Terdahulu hari ini, kerajaan telah menetapkan tarikh sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai nanti.
Berita lanjut bakal menyusul. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929