fbpx

Paksa anak bersenam sebelum tonton televisyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video TikTok seorang wanita yang menyuruh anaknya bersenam sebelum menonton televisyen. - TikTok

LONDON – Seorang ibu berdepan kecaman apabila mendedahkan hanya membenarkan anak-anaknya menonton televisyen jika mereka melakukan senaman di atas mesin treadmill, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Menerusi satu rakaman video di laman TikTok, wanita itu berkata, senaman mesin treadmill  adalah salah satu cara yang dipraktikkan  untuk memastikan anak-anaknya bersenam apabila berada di rumah.

“Saya hanya membenarkan anak-anak menonton kartun kegemaran mereka di televisyen jika mereka melakukan senaman di atas treadmill.

“Ada satu ketika, anak lelaki saya yang berusia 11 tahun berjalan sejauh 25 kilometer dalam masa sehari di atas mesin itu,” tulisnya.

Tindakannya mendapat kritikan netizen yang menganggap ia sebagai salah satu bentuk penderaan fizikal.

“Ini kedengaran sangat kejam, anda patut biarkan mereka berehat di rumah,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Saya yakin anak-anak ini perlu menghadiri sesi terapi tekanan perasaan di masa hadapan,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI