fbpx

Banjir kilat : Bomba selamatkan 10 wanita, 9 kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba menyelamatkan beberapa buah keluarga yang terjejas dalam kejadian banjir kilat di Kampung Sungai Putat, Melaka, hari ini.

MELAKA – Pasukan bomba menyelamatkan seramai 10 wanita dan sembilan kanak-kanak yang terjejas dalam kejadian banjir kilat di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.14 petang tadi.

Katanya, sepasukan 12 pegawai dan anggota bersama-sama sebuah jentera, dua buah bot serta lori angkut dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 12.26 petang dan mendapati berlaku limpahan air dari kawasangan takungan sehingga menyebabkan beberapa buah rumah dinaiki banjir.

“Kerja-kerja penyelamatan mangsa dilakukan dan kita telah mengeluarkan seramai 10 wanita dan sembilan kanak-kanak daripada kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) bagaimanapun tidak dibuka dan kesemua mangsa hanya dipindahkan ke kawasan selamat berdekatan.

“Kejadian ini merupakan banjir kilat dan kebiasannya air akan mulai surut selepas beberapa jam, jadi tiada PPS yang dibuka hari ini.

“Mereka yang terjejas akan dibenarkan pulang ke rumah sebaik sahaja air surut dan selamat,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI