fbpx

La Roja perlu sekat dominasi Itali di bahagian tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZPILICUETA mengakui kekuatan Itali adalah di bahagian tengah dan mereka perlu menyekat dominasi tersebut untuk meraih kemenangan. – AFP

LONDON – Pemain tengah Itali, Jorginho dijangka menjadi sasaran utama pasukan Sepanyol menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi separuh akhir Euro 2020 di Wembley awal pagi esok.

Bek kanan Sepanyol, Cesar Azpilicueta menggesa rakan sepasukan agar tidak membenarkan pemain tersebut berge­rak bebas pada perlawanan itu nanti kerana dia tahu apa yang boleh dilakukan Jorginho.

Azpilicueta yang merupakan rakan sepasukan Jorginho di Chelsea percaya pemain berusia 30 tahun itu adalah nadi utama yang menggerakkan serangan-serangan berbahaya Itali.

Meskipun gembira dapat bertemu Jorginho di atas padang pada pertemuan awal pagi esok, namun dia berharap Sepanyol mampu menyekat penguasaan Jorginho di bahagian tengah, sekali gus mencerahkan peluang mereka ke perlawanan akhir.

“Kami memang rapat dan se­ring berhubung bersama rakan sepasukan Chelsea melalui group WhatsApp. Saya gembira untuk bertemu dengannya (Jorginho) di atas padang pada aksi separuh akhir nanti.

“Walaupun kami bersahabat baik, namun kami akan ‘bermusuh’ buat seketika bagi membantu pasukan masing-masing. Inilah keistimewaan yang ada dalam bola sepak.

“Jorginho sudah buktikan dia adalah pemain terbaik untuk Itali ketika ini kerana mampu mengawal tempo permainan menerusi hantaran-hantaran yang dilakukan,” kata Azpilicueta.

Justeru, dia sangat mengharapkan jentera tengah La Roja untuk merantai pergerakan Jorginho kerana ia mampu mematahkan serangan yang mungkin dilancarkan oleh Itali.

“Semua orang tahu dia (Jorginho) gemar untuk memegang bola sebelum melakukan hantaran kepada rakan sepasukannya. Kami tidak boleh benarkan dia mengawal bola terlalu lama kerana ia mampu mengundang bahaya buat Sepanyol.

“Oleh itu, saya harap pemain-pemain tengah Sepanyol boleh merantai pergerakannya. Sekiranya dia tidak dapat bergerak bebas, maka kami ada peluang lebih besar ke perlawanan akhir,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI