fbpx

Pogacar tutup mulut pengkritik UAE Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR (tengah) terus mengekalkan jersi kuning milikinya menerusi kelebihan dua minit satu saat selepas mengharungi sembilan peringkat perlumbaan Tour de France. – AFP

TIGNES, Perancis – Pelumba UAE Emirates, Tadej Poga­car bengang dengan dakwaan sesetengah pihak mengatakan pasukan yang diwakilinya ketika ini menjadi kelemahan utama buat dirinya.

Disebabkan itu, Pogacar, 22, tampil mempertahankan rakan sepasukannya sejurus mengekalkan jersi kuning selepas mengharungi sembilan peringkat perlumbaan Tour de France (TdF) awal pagi semalam.

“Saya tidak faham kenapa semua orang selalu mengatakan pasukan UAE (Emirates) sangat teruk dan tidak boleh dikawal. Sekarang beritahu saya apakah ada pasukan yang lebih hebat daripada kami?

“Kami adalah salah satu pasukan terhebat di sini ketika ini. Semua pelumba dapat memainkan peranan masing-masing dan saya pula masih pendahulu keseluruhan perlumbaan,” katanya.

Untuk rekod, pelumba dari Slovenia itu memiliki kelebihan dua minit satu saat sebagai pendahulu ke atas juara pe­ringkat kesembilan daripada pasukan AG2R Citroen, Ben O’Connor di tempat kedua ke­seluruhan.

Terdahulu, bekas juara Olim­pik, Bradley Wiggins dari Great Britain mengkritik prestasi pasukan UAE Emirates yang melakukan kesilapan besar sewaktu peringkat ketujuh (TdF) pada 2 Julai lalu.

UAE Emirates dianggap melakukan kesilapan strategi dengan membenarkan 29 pelumba memintas mereka selepas mendahului hampir 249 kilometer (km) perlumbaan dengan menyaksikan Matej Mohoric dari pasukan Bahrain Victorious muncul juara ketika itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI