fbpx

Dua maut ketika berlumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang maut selepas disyaki berlumba.

TAWAU – Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang dipercayai terbabit aktiviti lumba haram bertembung dalam kemalangan di Landasan Lapangan Terbang Lama Tawau semalam.

Mangsa, Rendy Salombe,15, dan Mohamad Ekhsan, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi kedua-dua mangsa bertembung sesama sendiri dari arah bertentangan.

“Semua mangsa juga dipercayai tidak memiliki lesen memandu motosikal selain tanpa memakai topi keledar.

“Kedua-dua mangsa turut disyaki terbabit dalam aktiviti lumba haram di lokasi terbabit ketika kejadian berlaku,” katanya pada dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Peter berkata, pihak juga kini sedang mengesan pemilik sebenar semua motosikal digunakan ekoran alamat pemilik berdaftar membabitkan daerah Semporna.

Peter berkata, ujian saringan Covid-19 juga mengesahkan salah seorang mangsa positif Covid-19. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI