fbpx

Fenomena baharu sup ikan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isi durian diletak di dalam sup ikan panas sebelum dijual pada harga RM37. - Facebook

SINGAPURA – Seorang penjaja makanan di Singapura memperkenalkan satu hidangan istimewa menggunakan durian iaitu sup ikan durian berharga S$12 (RM37), lapor portal mothership.sg, baru-baru ini.

Derrick Ng, 40, sudah menjual hidangan sup ikan sejak tahun 2012 namun mula bereksperimentasi dengan gabungan rasa durian selepas ada pelanggan memberitahu raja buah itu boleh meningkatkan tahap kesihatan seseorang.

Menurut Ng, dia membuat penyelidikan lanjut menerusi online untuk menemui kajian yang mengatakan durian adalah padat dengan nutrien dan serat yang bagus untuk manusia.

Oleh sebab itu, dia membuat keputusan berani untuk menambahkan isi buah durian sebagai ramuan istimewa dalam sup ikannya.

“Saya meletakkan isi durian ke dalam sup ikan panas dan siap dihidangkan kepada pelanggan.

“Saya mendapat bekalan durian dari sebuah ladang di Malaysia,” ujarnya.

Tambah Ng, dia menerima reaksi berbeza daripada pelanggan tentang kombinasi dua makanan itu dengan kebanyakannya mengatakan ia enak untuk dinikmati.

Ketika sajian itu diperkenalkan pada 1 Julai lalu, ia habis dijual dalam masa satu jam setengah selepas gerai dibuka sekitar pukul 8.30 pagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI