fbpx

Suspek utama kes bunuh jurujual mati tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengangkat mayat suspek kes bunuh jurujual yang ditemui tergantung pada papan iklan di Jalan Lencongan Timur dekat Bukit Bintang, Sungai Petani hari ini.

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR

SUNGAI PETANI – Suspek utama kes bunuh jurujual wanita warga emas di Taman Kelisa Ria, Amanjaya semalam ditemui mati tergantung pada papan iklan di Jalan Lencongan Timur dekat Bukit Bintang di sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 62 tahun yang juga suami kepada mangsa, Kuek Choo Hong, 61, ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 7.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pengecaman mayat lelaki terbabit dilakukan ahli keluarganya yang hadir di tempat kejadian.

Kata beliau, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengatakan terdapat seorang lelaki menggantung diri di sebuah papan iklan pada pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati lelaki tersebut adalah suspek yang dicari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya semalam,” katanya di sini hari ini.

Adzli berkata, pihaknya menemui sebuah kereta yang disahkan sebagai milik lelaki tersebut yang ditinggalkan kira-kira 50 meter dari tempat dia ditemui tergantung.

“Siasatan awal unit forensik ke atas kereta berkenaan tidak menemui sebarang petunjuk yang mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan semalam,” ujarnya.

Menurut beliau, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dekat sini untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Adzli berkata, walaupun suspek utama kes berkenaan ditemui meninggal dunia, pihaknya akan meneruskan siasatan berhubung kes pembunuhan jurujual berkenaan.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang jurujual, Kuek Choo Hong ditemui mati dengan kesan kelar pada leher dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah serta muka ditekup dengan bantal di rumahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI