fbpx

‘Awak pernah curang, saya tidak pernah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GURAUAN Issey mengenai kecurangan yang pernah dilakukan Shuk mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dalam media sosial.

PETALING JAYA – Gurauan penyampai radio, Issey terhadap Shuk Sahar mengenai kecurangannya sebelum ini mengundang pelbagai reaksi daripada penonton rancangan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM4) malam tadi.

Sedutan perbualan antara Issey dengan pengacara ICSYVM itu dikatakan muncul pada awal rancangan ketika sesi memperkenalkan para juri dan tetamu undangan.

Bahkan, netizen juga mendakwa ‘guarauan kasar’ tersebut muncul tepat pada waktunya kerana selang tidak lama kemudian, isteri Shuk, Rossalenna membuat pendedahan kononnya kembali diganggu wanita yang pernah curang dengan suaminya.

“Issey awak telah tunjuk kesetiaan dengan ICSYV, awak telah buat dua perubahan sebelum datang ke sini. Sebelum ini duda, sekarang suami orang,” kata Shuk

Manakala, dalam dialog yang dibalas Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 34, dia telah memerli Shuk yang pernah berlaku curang sebelum ini.

“Ada lagi satu, awak pernah curang, saya tidak pernah,” balas Issey.

Sedutan tular tersebut mendapat pelbagai respons daripada netizen dalam media sosial sehingga kini.

Rata-rata netizen berpuas hati dengan apa yang diucapkan Issey dalam rancangan tersebut.

“Eloklah Shuk kena setepek, aku suka Issey,” ciap seorang netizen.

“Benda begini haruslah kerap dilakukan biar dia sedar diri sikit,” tulis seornag lagi pengguna Twitter.

Sejak malam tadi, kisah rumah tangga Shuk menjadi bahan bualan hangat netizen dalam media sosial selepas Rossalenna memuat naik beberapa hantaran dia telah diugut seorang wanita.

Malah, Rossalenna juga turut mendedahkan terdapat individu yang telah menghantar santau terhadapnya.

Untuk rekod, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, pernah berdepan kes serupa dengan wanita sama sekitar Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, saat kecurangan Shuk terbongkar, Rossa sendiri dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita terbabit.

Shuk juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana berlaku curang serta mendapat kemaafan daripada isterinya tahun lalu.

Namun, pada Januari lalu rumah tangga Shuk yang ketika itu bertugas sebagai penyampai radio HotFM itu kembali bergolak selepas dia sekali lagi ditangkap curang oleh Rossa.

Hubungan pasangan itu kembali jernih selepas Shuk mengakui kesilapan dirinya selepas didakwa curang dengan seorang wanita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI