fbpx

Yadim Kelantan bantu 200 pelajar asnaf terkesan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fathan (tengah) menyerahkan kit musaadah kepada Ahmad Fakhruddin di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Yayasan dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan membantu seramai 200 daripada 600 keluarga pelajar golongan asnaf selepas mereka didapati terkesan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Ahmad Fathan Mahmood@ Mahamad berkata, bantuan itu diagihkan kepada mereka yang terkesan khususnya golongan asnaf sebagai langkah untuk meringankan beban mereka.

“Yadim akan terus membantu masyarakat menggunakan saluran sedia ada untuk mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf.

“Kita akan meneruskan program ini dari masa ke semasa untuk membantu masyarakat di seluruh Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Kit Musaadah Yadim di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI