RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mengambil alih penugasan tiga sekatan jalan raya (SJR) berhampiran sempadan negara di bawah kendalian Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di Kelantan bermula September ini.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisoner Hasan Basri Ahmad Safar berkata, pengambilalihan itu melibatkan tiga lokasi SJR iaitu Neting di Pengkalan Kubor, Cabang Empat Salam (Rantau Panjang) dan Lalang Pepuyu (Tanah Merah).
Menurutnya, langkah itu selari dengan langkah kerajaan menyerap masuk keanggotaan Aksem ke PGA bagi memperkasakan tugasan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.
“Seramai 22 anggota yang bertugas akan ditempatkan di setiap SJR secara bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan.
“Setiap kenderaan yang melalui SJR ini akan diperiksa dengan sebaik mungkin bagi memastikan aktiviti penyeludupan dan jenayah dapat dibendung,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA, Lubok Stol di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929