fbpx

Kecoh pocong muncul atas jambatan waktu siang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kiriman Whatsapp dalam kalangan penduduk kampung di Jawa Barat memaparkan gambar pocong (dalam bulatan) atas jambatan yang sedang dibaiki. - HR Online

JAKARTA – Kiriman mesej aplikasi Whatsapp dalam kalangan penduduk Ciamis, Jawa Barat menimbulkan kekecohan apabila ia memaparkan penampakan pocong dalam sekeping gambar, lapor Suara.com, semalam.

Rakaman pocong itu dipercayai dirakam di atas Jambatan Cirahoong di kawasan berdekatan yang kini sedang dalam proses baik pulih.

Penampakan pocong berbalut kain kafan putih jelas terpapar di antara beberapa pekerja yang sedang membaiki jambatan tinggalan penjajah Belanda itu.

Meskipun pocong itu jelas kelihatan, ramai yang meragui keaslian gambar itu dan menganggapnya sekadar suntingan bagi menakutkan orang.

“Gambar ini pasti disunting, tidak mungkin begitu jelas kelihatan pocongnya,” komen seorang warga tempatan.

“Mana ada pocong muncul di siang hari,” ujar seorang lagi.

Proses baik pulih Jambatan Cirahong yang menghubungkan Ciamis dan Tasik Malaya itu sudah berjalan selama sebulan dan tiada kenderaan dibenar melintas di situ. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI