fbpx

Minta ‘bantuan’ daging 3kg, sotong besar 1kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mesej seorang wanita melalui apliksi WhatsApp yang meminta senarai barang basah dan kering untuk dihantar ke rumahnya.

PETALING JAYA – Tangkap layar senarai barangan yang diminta seorang pemohon bantuan mengundang kecaman ramai  sejak ditularkan dalam pelbagai media sosial semalam.

Pengusaha kafe, Nur Ain Nadyan yang memuat naik hantaran berhubung perkara itu berkata, dia berdepan pelbagai ragam individu yang menghubunginya untuk meminta bantuan termasuk ada yang pernah memohon bantuan televisyen, peti sejuk dan mesin basuh.

Terbaharu seorang wanita menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp meminta senarai keperluan barangan basah dan kering seperti daging tiga kilogram (kg), sotong besar 1kg dan kicap kipas udang.

“Kes malam tadi ringkas sahaja jawapan ambo (saya). Tunggu dia balas 24 jam belum balas lagi.

“Maaf. ambo cuba bersopan. Tapi ambo pun ada rasa penat. Minggu lepas sudah hantar ayam, barang basah sikit,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Nur Ain, 34, ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia secara sukarela mengusahakan bank makanan di Cheras dan Kota Damansara selain mengedarkan barang keperluan harian kepada golongan memerlukan.

“Kami cuba membantu mereka secara berperingkat. Walaupun ketiadaan dana yang mencukupi dari luar, kami cuba menampung kekurangan itu daripada hasil perniagaan kami.

“Saya juga ada menyediakan perkhidmatan memandikan pesakit warga emas secara percuma sebelum ini. Tetapi ia terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana tulang bahu saya patah,” jelasnya.

Hantaran itu dikongsi lebih 3,000 kali dengan rata-rata netizen menasihati pemohon bantuan supaya tidak mengambil kesempatan sedangkan ramai lagi orang yang lebih susah lebih memerlukan bantuan tersebut.

“Daging, sotong, udang. Makanan kayangan. Beras, kicap, tepung ada jenama spesifik. Telur ada gred. Saya baca rasa tebal pipi dan malu,” komen netizen bernama Aina Nik

“Saya yang bekerja pun fikir banyak kali kalau rasa hendak beli sotong dan udang banyak-banyak. Amboi dia senang pula minta,” balas Mex Sya.

“Belajarlah turunkan gred apa yang kita makan. Kurangkan kehendak dan dahulukan keperluan. Ya memang sukar bila sebelum ini gaji kita RM3,000 atau RM4,000 sebulan bila diuji baru sedar dan tahu,” ujar Rozi Dira. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI