fbpx

KSM ambil langkah tangani amalan buruh paksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mengambil langkahmenangani dan membanteras amalan buruh paksa dalam negara dengan melaksanakan pelbagai penambahbaikan secara berterusan kepada inisiatif sedia ada.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, KSM mengambil maklum dan memandang serius isu-isu di bawah bidang tanggungjawab kementerian itu seperti yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan 2021 Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan manusia baru-baru ini yang meletakkan Malaysia di tier 3.

Saravanan

Beliau berkata, KSM akan mengkaji semula isu berkaitan kos yang dikenakan oleh agensi pekerjaan swasta sekiranya terdapat kos-kos tersembunyi yang boleh membebankan pekerja mahupun majikan sehingga menjurus kepada elemen eksploitasi dan perhambaan hutang.

“KSM juga akan menyemak semula memorandum persefahaman yang telah dan akan ditandatangani dengan negara-negara sumber khususnya bagi memperkasakan elemen perlindungan hak golongan pekerja dan dalam masa sama tidak membebankan para majikan.

“Kementerian juga akan memperhalusi aspek sama ada pekerja domestik perlu dilindungi di bawah Akta Kerja 1955,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI