fbpx

Gesa i-Citra RM10,000 ke RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemuda UMNO minta kerajaan membenarkan had pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibawah skim i-Citra antara RM10,000 sehingga RM20,000 bagi pencarum yang ada baki simpanan RM100,000.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, polisi ‘one size fits all’ atau ‘satu saiz muat untuk semua’ tidak wajar diaplikasikan dalam skim i-Citra.

Asyraf Wajdi

“Benarkan pengeluaran secara ‘lump-sum’ RM5,000 berbanding pengeluaran berkala setiap bulan.

“Kaedah begini memberi lebih ruang untuk rakyat merancang sendiri dengan terbaik bagaimana simpanan mereka dapat dibelanjakan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, jika masih mahu berkala, pastikan bayaran pertama lebih tinggi berbanding bayaran seterusnya iaitu sekurang-kurangnya RM2,000 bagi bayaran pertama.

Menurut beliau, langkah itu bagi membantu rakyat yang punya komitmen tertunggak dan hidup lebih terdesak berbanding PKP 1.0.

Kata beliau, Pemuda UMNO turut meminta akses ke Akaun 1 dibenarkan berbanding kaedah mengutamakan penggunaan Akaun 2 KWSP.

“Permudahkan dan percepatkan pengeluaran i-Citra tanpa perlu melalui proses permohonan dan kelulusan yang panjang.

“Sebaik-baiknya 17 Julai ini proses pengeluaran pertama dibuat secara automatik bagi mereka yang berhajat,” katanya.

Terdahulu, katanya, bayaran RM1,000 pada Ogos agak lewat tatkala rakyat sedang terdesak memenuhi keperluan hidup.

Tambah beliau, bayaran pertama RM1,000 tidak berbaloi kerana ramai punya komitmen tertunggak yang perlu dilangsaikan setelah hampir tiga bulan terkurung tanpa pendapatan atau berkurangan.

“Golongan M40 mempunyai simpanan lebih RM100,000 hakikatnya amat terkesan kerana rata-rata punya komitmen jauh lebih besar daripada B40,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI