fbpx

Food bank jadi talian hayat penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Rostam, menunjukkan gambar gantung bendera di sebuah rumah di taman Desaria, Nilai ketika ditemui tadi. Foto IZZAT TERMIZIE

NILAI – Kewujudan food bank makanan di surau Taman Desaria di sini ibarat talian hayat terakhir buat penduduk di taman ini yang terputus bekalan makanan ketika pandemik Covid-19,.

Ketua Biro Aduan dan Kebajikan Penduduk Desaria, Ahmad Rostam berkata, jumlah penduduk di taman itu yang mendapatkan bantuan makanan asas menerusi food bank di surau berkenaan meningkat sejak dua hari dilaksanakan.

Katanya, antara barangan asas keperluan harian termasuk beras, minyak masak, barangan mandian, susu dan lampin pakai buang kepada yang memerlukan menerusi food bank makanan itu.

“Sesiapa sahaja penduduk taman ini boleh datang ambil makanan di Surau Desaria ini, jangan malu untuk ambil jika terputus bekalan makanan. Itu hak kebajikan anda semua.

“Bekalan makanan disini sentiasa cukup setakat ini tiada yang mengadu, tidak perlu risau jika kehabisan makanan pihak AJK kami sentiasa menambah bekalan makanan mengikut keperluan penduduk,” katanya ketika ditemui di sini tadi -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI