fbpx

2.6 juta rakyat lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 2,618,316 orang telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi Twitternya berkata, jumlah itu menunjukkan sebanyak 8.0 peratus daripada populasi negara ini telah melengkapkan vaksinasi.

Menerusi hantaran itu juga, Adham memaklumkan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin setakat semalam adalah sebanyak 9,0006,715 dos dengan 2,618,316 daripadanya ialah dos kedua.

“Bagi vaksinasi harian, sebanyak 206,015 dos telah diberikan semalam melibatkan pemberian 127,385 dos pertama dan 78,630 lagi ialah dos kedua.

“Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor (348,853), Sarawak (299,593), Kuala Lumpur (244,7090), Sabah (233,409) dan Kedah (193,575).

Sebelum ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menyasarkan 10 peratus daripada populasi negara akan mendapat dos vaksin penuh menjelang Julai ini di bawah Program Imunisasi Covid-19 (PICK). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI