fbpx

Sambut hari lahir, Elyana hanya doa panjang umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Elyana meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 secara sederhana hari ini.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Elyana berkongsi sekeping fotonya sedang memakai baju tidur bersama kek ulang tahun pemberian daripada isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan.

“5 Julai 2021, hari lahir saya yang ke-34 tahun. Saya mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik, panjang umur, diperluas pintu rezeki dan selamat dunia akhirat. Amin,” tulisnya.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti mengambil kesempatan mengucapkan ucapan ulang tahun dan titipan doa buat pelantun lagu Kalis Rindu itu.

“Selamat hari ulang tahun kak Elyana. Semoga terus kuat dan diberikan kesihatan luar biasa.

“Semoga kamu diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang , dikelilingi orang yang baik-baik dan murah rezeki,” tulis netizen.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal itu baru selesai menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari bermula 16 Jun lalu bagi penyakit kanser limfoma yang dihidapinya.

Sebelum itu, pada Disember tahun lalu, pelakon drama Dunia Baru itu memaklumkan kanser yang dihidapinya memasuki tahap lima dan telah menyerang serta merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Elyana membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI