fbpx

Memandu mabuk, Lizzy dibicarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIZZY

KES memandu dalam keadaan mabuk melibatkan pelakon dan bekas anggota kumpulan After School iaitu Lizzy kini memasuki proses perbicaraan dan pengadilan.

Sumber mengatakan bahawa jabatan jenayah pejabat pendakwaraya di Seoul telah mendakwa Lizzy tanpa melakukan sebarang penahanan atas kesalahan tersebut.

Difahamkan, Lizzy didakwa bawah akta berkaitan kesalahan jalan raya akibat memandu dalam keadaan mabuk.

Sehingga kini, pendakwaraya sudah memaklumkan kes akan dibawa ke proses pengadilan.

Lizzy sebelum ini dilaporkan terlibat dalam kes kemalangan apabila didapati melanggar sebuah teksi ketika memandu di kawasan Cheongdam, Seoul. Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 10 malam, 18 Mei lalu.

Ketika itu, bacaan paras alkohol dalam darahnya mencatat angka setinggi 0.08 peratus dan boleh menyebabkan lesen memandunya digantung.

Kejadian tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan terhadap kedua-dua pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI