fbpx

Sembunyi daun ketum dalam longgokan nanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsudin (tengah) menunjukkan daun ketum yang cuba diseludup ke Kelantan pada malam semalam.

BALING – Cubaan seorang lelaki menyeludup 630 kilogram (kg) daun ketum ke Kelantan dengan menyembunyikannya dalam longgokan buah nanas gagal apabila dia ditahan di Kampung Jerai, Kupang di sini semalam.

Suspek berusia 42 tahun yang memandu sebuah lori jenis Daihatsu dari arah Kupang menghala Gerik ditahan di sekatan jalan raya kira-kira pukul 9.45 malam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pemeriksaan ke atas lori itu menemui longgokan nanas dengan di bawahnya terdapat 63 bungkusan plastik hitam.

“Kesemua bungkusan plastik hitam tersebut mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan 630 kg,” katanya di sini hari ini.

Katanya, suspek yang negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Suspek juga dikompaun RM5,000 di bawah Perkara 4(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 kerana merentas daerah tanpa kebenaran,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI