fbpx

Tindakan ‘mengurung’ rakyat sudah tidak relevan – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail ketika menerima mengadap Hasni (dua dari kiri), Azmi (kanan) di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan kerajaan dalam melawan pandemik Covid-19 ketika ini dikaji semula.

Baginda bertitah, hal demikian kerana tindakan ‘mengurung’ rakyat seperti yang dilaksanakan ketika ini sudah tidak relevan lagi.

“Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk. Di samping itu, masalah sosioekonomi juga timbul akibat situasi ini yang berpanjangan.

“Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tunku Ismail bertitah demikian ketika menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tunku Ismail turut bertitah agar kerajaan negeri mempercepatkan lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif melawan pandemik Covid-19 yang kini dilihat dalam keadaan yang kritikal.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI