fbpx

Impian besar Danish Dynamite ke Wembley tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DELANEY (tengah) berjaya membuka tirai jaringan buat Denmark seawal minit kelima ketika mereka membenam cabaran Czech di suku akhir awal pagi semalam. – AFP

BAKU, Azerbaijan – Kapten Denmark, Simon Kjaer mahu ‘perjalanan fantasi’ mereka berterusan hingga ke final Euro 2020 meskipun berdepan tugas sukar menentang England dalam aksi separuh akhir di Stadium Wembley pada 8 Julai ini.

Kjaer, 32, tidak dapat menerima hakikat jika ia gagal dilakukan selepas menempah slot separuh akhir menerusi kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech pada suku akhir di Stadium Olimpik Baku awal pagi semalam.

“Ini adalah satu pencapaian yang sangat besar buat Denmark. Kami menyasarkan tempat ke Wembley sebelum kejohanan bermula dan sekarang impian kamu sudah tercapai.

“Saya akan berbohong sekiranya saya sudah berpuas hati kami sekadar ke separuh akhir. Sekarang ada empat hari lagi untuk mempersiapkan pasukan sebaiknya,” katanya.

Ia bukan sesuatu yang mustahil buat Danish Dynamite untuk mara ke pentas final dengan mengecewakan England di hadapan ribuan para penyokong sendiri di Wembley nanti.

Peluang Denmark dilihat lebih cerah kerana pernah seri tanpa jaringan dengan England sebelum menang 1-0 ke atas The Three Lions dalam dua pertemuan ter­akhir antara kedua-dua pasukan pada saingan Liga Negara-Negara Eropah tahun lalu.

“Kami tidak kisah bagaimana perlawanan itu akan berlangsung nanti, asalkan kami berjaya menang,” kata pemain tengah Denmark, Thomas Delaney yang meledak satu gol ke atas Republik Czech awal pagi semalam.

Satu lagi gol bekas juara Eropah 1992 itu dijaringkan oleh Kasper Dolberg yang memanfaatkan hantaran berkelas dunia daripada bek kiri, Joakim Maehle. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI