fbpx

[VIDEO] 2 lelaki ‘lolos’ dari kawasan PKPD diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video aksi dua lelaki berkenaan yang melarikan diri dari PPR Pantai Ria hari ini.

PETALING JAYA – Dua orang lelaki dirakam melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kuala Lumpur yang terletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Pukul 4 petang tadi saya dimaklumkan tentang kejadian penduduk melarikan diri dari kawasan PKPD PPR Pantai Ria iaitu di belakang blok B.

“Pihak polis telah dimaklumkan dan sedang menjejak mereka. Rumah mereka di PPR Pantai Ria juga telah dikenal pasti. Tindakan tegas akan diambil,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI