fbpx

Air Sungai Kopok bau busuk, warna hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Kopok di Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang sekali lagi didakwa mengalami pencemaran apabila airnya bertukar menjadi hitam dan berbau busuk dipercayai akibat buangan sisa kimia.

PASIR GUDANG – Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat pencemaran di Sungai Kopok, Kampung Perigi Acheh di sini yang menyaksikan airnya berwarna hitam dan berbau busuk dipercayai berpunca daripada sisa buangan bahan kimia.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, JAS Cawangan Pasir Gudang telah digerakkan ke lokasi pencemaran di sungai berkenaan pada pukul 3.30 petang, hari ini.

Menurut beliau, persampelan air Sungai Kopok di Jeti Nelayan Kampung Perigi Acheh itu telah dibuat untuk mengukur tahap kualiti air.

Keadaan air Sungai Kopok yang tercemar.

“Bacaan bagi parameter DO adalah 5.21 manakala pH 8.3 iaitu bcaaa pada julat normal, semasa pengukuran dijalankan, keadaan air sungai sedang pasang.

“Air sungai didapati tidak berbau dan kelihatan normal. JAS telah menyelusuri Sungai Daeng dan pengukuran in-situ telah dijalankan dengan bacaan DO adalah 4.19 dan PH 10.16,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam, penduduk kampung tersebut mendakwa sungai berkenaan berwarna hitam dan mengeluarkan bau busuk sekali gus membimbangkan mereka kemungkinan ia berpunca daripada pencemaran sisa toksik.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN