SUNGAI PETANI – Seramai 11,900 penduduk serta pekerja di 76 kilang di dua lokaliti di daerah Kuala Muda dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 18 Julai depan.
Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim berkata, PKPD dilaksanakan di Sungai Lalang dan Bakar Arang berikutan peningkatan kes Covid-19 membabitkan penduduk tempatan dan warga asing yang bekerja di sektor perindustrian di situ.
“Bagi lokaliti Sungai Lalang, ia melibatkan Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai meliputi sebanyak 3,050 buah rumah dengan 11,600 penduduk.
“Kawasan itu sebelum ini diletakkan di bawah Kluster Industri Sungai Getah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kata beliau, lokaliti Bakar Arang pula melibatkan Kawasan Perindustrian Bakar Arang terdiri daripada 76 kilang pelbagai sektor serta Taman Cahaya PKNK membabitkan 300 penduduk yang mendiami 104 rumah.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929