fbpx

 ‘Kali pertama mengaji dengan suami, hati berbunga-bunga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAWAR memberitahu dia sangat teruja apabila berpeluang melakukan aktiviti mengaji bersama dengan suaminya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Setiap orang ada cara berbeza untuk meluahkan kebahagiaan.

Frasa tersebut sesuai menggambarkan kegembiraan aktres Mawar Rashid apabila berkongsi momen bahagia saar pertama kali melakukan aktiviti mengaji bersama suami tercinta, Raf Yaakob.

Perasaan bahagia tersebut dikongsi Mawar menerusi satu perkongsian InstaStory bagi menjawab soalan pengikutnya, bagaimana mendapat semangat untuk kembali mengaji.

TANGKAP layar InstaStory Mawar yang berkongsi tentang perasaannya mengenai momen kali pertama mengaji bersama suami.

“Bagaimana awak dapat semangat untuk mengaji?” soal seorang netizen menerusi sesi soal jawab dalam InstaStory.

Balas pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu, semangat tersebut dirasainya apabila mula membaca al-Quran bersama suaminya.

“Kali pertama mengaji dengan suami, hati rasa sangat teruja dan berbunga-bunga.

“Sudah lama berangan untuk mengaji bersama dengan suami, alhamdulillah dapat dan seronok sangat. Kami juga mencuba yang terbaik untuk kekal mengaji setiap hari,” tulis pemilik nama penuh Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu.

Tambah pemilik trofi Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 itu, dia juga bersyukur kerana memiliki suami yang sentiasa membimbing dan mengingatkannya untuk terus beribadah kepada Tuhan.

“Terima kasih suami kerana mengajak dan berpesan untuk mengaji dan kejutkan bagi menunaikan solat Subuh. Semoga awak ditempatkan dalam syurga,” katanya ringkas.

Dalam perkongsian sama, Mawar juga memberitahu semangat untuk mengaji semakin membuak-membuak selepas belajar Iqra.

Sebelum ini, Mawar mencuri perhatian ramai dengan aktiviti mengajinya selepas membuat siaran langsung (IGlive).

Bahkan, dia juga dijadikan inspirasi oleh seorang seorang penyanyi baharu, Ai Wahida yang terbuka hati untuk mengaji selepas melihat perkongsian Mawar.

Untuk rekod, bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 itu mendirikan rumah tangga bersama Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 3 , dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia lima bulan.

Pada perkahwinan Raf terdahulu, dia turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rayyan, 10, dan Raysaa pula berusia lima tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI