fbpx

Lelaki terlibat pertaruhan bola sepak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan polis ketika serbuan di Taman Bukit Indah, dekat sini malam tadi.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan aktiviti perjudian secara online dan pertaruhan bola sepak dalam satu Operasi Dadu / Operasi Soga VIII di Taman Bukit Indah, dekat sini malam tadi.

Bertindak atas maklumat, pada pukul 12.30 tengah malam, sepasukan polis menjalankan serbuan bersama pakar judi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan pegawai forensik Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, polis berjaya menahan suspek yang berusia 41 tahun.

“Suspek mengaku terlibat dalam pengendalian perantis yang digunakan untuk permainan judi online dan juga ejen nombor ekor haram sejak kira-kira tiga tahun lalu.

“Analisa pakar judi ke atas barang kes yang dirampas mengesyaki terdapat unsur-unsur berkaitan perjudian secara online,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, turut dirampas tiga telefeon bimbit pelbagai jenis, wang tunai berjumlah RM100,000 serta dua komputer riba.

Katanya, suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1)c Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 4A(a) akta yang sama. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI