fbpx

Premis curi elektrik dipecah masuk pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis perlombongan bitcoin yang menggunakan elektrik curi di Bandar Baru Farlim dimasuki pencuri, kelmarin.

GEORGE TOWN – Kejadian pecah masuk sebuah premis di Bandar Baru Farlim di sini kelmarin membongkar kegiatan mencuri elektrik disyaki untuk perlombongan mata wang bitcoin di premis berkenaan.

Kegiatan itu terbongkar selepas polis menerima laporan pergi ke premis tersebut semalam bagi menjalankan siasatan susulan tangkapan dua individu berhubung kecurian berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa kedainya dipecah masuk kira-kira pukul 4 petang.

“Mangsa yang menerima amaran keselamatan di telefon bimbitnya segera bergegas ke lokasi dan mendapati tujuh lelaki memecah masuk kedai sebelum melarikan diri dengan sebuah van dan kereta.

“Polis kemudiannya berjaya menahan dua suspek berusia 34 dan 37 tahun yang menaiki van di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu kira-kira pukul 4.30 petang dan merampas tiga komponen komputer,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pihak polis kemudiannya melawat lokasi kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam semalam bagi siasatan lanjut dan mendapati premis berkenaan didapati melakukan aktiviti perlombongan bitcoin.

“Barang-barang yang dicuri itu merupakan mesin melombong bitcoin dan dipercayai melakukan aktiviti penyambungan elektrik secara haram.

“Justeru kita merampas sebanyak 149 mesin melombong bitcoin bersama beberapa kelengkapan lain serta menahan tiga lelaki termasuk pengadu bagi siasatan lanjut,” katanya lagi. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI