fbpx

Mahfuz sedia disiasat dakwaan langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu gambar memaparkan seorang Ahli Parlimen yang melanggar SOP tular, semalam.

ALOR SETAR – Polis menyiasat beberapa gambar tular memaparkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa satu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, satu laporan polis berkaitan gambar yang tular di media sosial tersebut dibuat kira-kira pukul 11.36 malam.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati terdapat beberapa keping gambar dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook menggunakan nama Nurul Amin Hamid.

“Gambar-gambar itu memaparkan Mahfuz terlibat dalam satu program bantuan dan kelihatan beliau tidak mengamalkan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa program tersebut berlangsung,” katanya hari ini.

Sementara itu, Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika dihubungi berkata, pihaknya menghormati keputusan polis untuk menyiasat perkara itu dan sedia memberikan kerjasama yang penuh. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI