fbpx

Jurukimpal maut tersepit paip keluli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja maut ketika melakukan kerja-kerja kimpalan paip keluli di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, dekat sini Jumaat lalu.

PASIR GUDANG – Seorang jurukimpal maut ketika sedang melakukan kerja-kerja kimpalan paip keluli di sebuah kilang pembuatan paip di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di sini, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Ir Mohd. Rosdee Yaacob berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 5 pagi.

Menurutnya, ketika itu mangsa yang berusia 35 tahun sedang mengimpal kepingan besi ke atas paip yang siap dibentuk dengan berdiameter 91 sentimeter dan panjang 12 meter.

“Hasil siasatan awal dijalankan mendapati mangsa mengimpal secara berdiri menghadap pangkal paip dan pada masa sama membelakangi hujung paip yang akan dikimpal.

“Kedua-dua paip tersebut berada pada jarak satu meter. Rakan mangsa telah mengaktifkan suis conveyor bagi menggerakkan paip yang dibentuk ke proses seterusnya tanpa menyedari mangsa berada di antara kedua-dua paip tersebut.

“Mangsa berada pada jarak 15 meter daripada kedudukan suis kompayer. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, JKKP Johor telah mengarahkan majikan untuk mengambil tindakan serta-merta ke atas sistem kerja selamat bagi proses kimpalan yang dijalankan di tempat kerja tersebut.

“Majikan juga diarah menyemak semula dan menambah baik prosedur kerja selamat serta penaksiran risiko bagi aktiviti kerja kimpalan kepingan besi,” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI