fbpx

Festival nafsu serakah diteruskan semasa pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pemandangan dari udara menunjukkan lokasi festival tidak senonoh di Lincolshire, England. - SWNS

LONDON – Beratus-ratus pengamal pertukaran pasangan mengambil bahagian dalam festival seks selama empat hari yang menampilkan pelbagai aktiviti lucah, lapor akhbar The Sun semalam.

Kira-kira 200 peminat seks bebas itu berkhemah di beberapa buah padang dekat  Grantham di Lincolnshire kelmarin untuk menyertai festival lucah itu yang  dinamakan Swingathon.

Pelbagai aktiviti tidak senonoh diaturkan untuk para peserta termasuk pertandingan Miss dan Mr Swingathon 2021.

Acara yang hampir dibatalkan itu berlangsung selepas kerajaan melonggarkan sekatan Covid-19.

Di bawah garis panduan terbaharu kerajaan Britain, acara berskala besar boleh diadakan di tempat terbuka dan selamat.

Bagaimanapun, peserta wajib mematuhi peraturan pencegahan Covid-19 seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Seorang peserta berkata, lokasi acara itu dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.

“Tandas dan bilik mandi tidak mencukupi dan tiada amalan penjarakan sosial, justeru acara ini bukan bebas daripada ancaman koronavirus,” katanya.

Semua peserta diminta mengambil ujian saringan Covid-19 48 jam sebelum tiba di lokasi tersebut.

Semua peserta juga perlu membeli tiket yang dijual pada harga £200 (RM1,151) untuk satu pasangan.

Seorang jurucakap majlis perbandaran tempatan berkata, tidak banyak yang dapat dilakukan untuk menghalang parti liar tersebut kerana penganjur memohon permit, manakala acara itu diadakan di tanah persendirian.

“Selagi acara itu mematuhi garis panduan Covid-19 dan peraturan lain yang ditetapkan, tiada apa yang dapat kami lakukan,” katanya. – Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN