KULAI – Sebuah tangki menyimpan sejumlah 1,000 liter bahan kimia di dalam stor simpanan di Jalan Besar, Kampung Baru, Sengkang di sini didapati pecah dalam satu kejadian, malam semalam.
Ekoran kejadian itu, bahan kimia tumpah dan mengalir ke dalam sungai pada pukul 8.20 malam menyebabkan
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Tinggi II Bahtiar Selamat berkata, seramai 21 pegawai dan anggota beserta tiga jentera dikejar ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, turut terlibat dalam operasi tersebut adalah unit Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat).
“Siasatan mendapati terdapat tumpahan bahan kimia di lokasi melibatkan Methyltriocdylam Monium Chloride, Hydrogen Peroxide Solution dan N-Methyl Cyclohexylamine.
“Bomba kemudian membuat pemantauan di sekitar lokasi dan mendapati terdapat stor simpanan yang berkeluasan 80 kaki x 80 kaki berada tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, pemeriksaan dalam stor mendapati 30 tangki simpanan yang mengandungi bahan alkali dan satu daripada tangki berkenaan telah pecah menyebabkan bahan kimia mengalir ke sungai berhampiran.
“Sehubungan itu, bomba telah bertindak membuat tiga lapisan benteng bagi menghalang bahan buangan tersebut daripada berterusan mengalir ke dalam sungai,” ujarnya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929